Thursday, 30 March 2017

Wednesday, 15 March 2017

Friday, 10 March 2017

Muat turun maklumat berkaitan Debat MRSM Se-Malaysia dan Kuis Bahasa &Sastera 2017


Peserta dan guru pengiring boleh memuat turun maklumat dan info melalui capaian berikut:


TENTATIF

TAG NAMA



USUL DEBAT

MAKLUMAT RASMI DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2017


BUKU PROGRAM 
Share:

Saturday, 4 March 2017

Selamat Datang Ke Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia dan Kuiz Bahasa dan Sastera 2017


MRSM SUNGAI BESAR mengalu-alukan kedatangan kedatangan semua peserta dan guru pengiring Ke MRSM SUNGAI BESAR. Maktab ini memulakan operasinya pada 29 Jun 2016 dan menerima kohort pertama pelajar pada 17 Julai 2016. Seramai 177 orang pelajar Ulul Albab generasi yang pertama yang ditempatkan sementara di MRSM Kuala Kangsar yang kini dikenali MRSM SULTAN AZLAN SHAH.

Maktab ini terletak di dalam kawasan perkampungan Kamoung Merbau Berdarah, Sungai Panjang. Kira-kira 22 km dari pekan Sungai Besar. Kini jumlah keseluruhan pelajar berjumkah 461 orang.
Share:

Sejarah Debat MRSM Se-Malaysia


DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2017

Program Debat MRSM Se-Malaysia yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 ini sejajar dengan hasrat dan usaha MARA khususnya Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA untuk memperkasakan aktiviti perdebatan dalam kalangan pelajar MRSM.

Pertandingan ala parlimen ini akan menggunakan sistem 'power match' iaitu berformatkan pertandingan institusi pengajian tinggi. Format ini telah diterima secara rasmi untuk 'All Asian Intervarsity Debating Championship'

Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia pada tahun ini akan bertempat di MRSM Sungai Besar sebagai tuan rumah pada 6-10 April 2017
Share:

Wednesday, 1 March 2017

Sejarah Kuiz Bahasa dan Sastera MRSM Se-Malaysia


           Pengenalan dan Sejarah Penganjuran

Kuiz Bahasa dan Sastera kali pertama dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan  Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 2012, melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara sempena Minggu Bahasa MRSM.

Program ini diadakan, selaras dengan usaha DBP memupuk minat dan kecintaan pelajar terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar serta menyokong   dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan  Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Objektif Pertandingan
 Meningkatkan pengetahuan bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar.

 Memupuk sikap megah bahasa Melayu dan mencintai khazanah bangsa, khususnya dalam bidang bahasa dan sastera.

 Menggalakkan golongan remaja menghayati bidang kesusasteraan, bukan sahaja sebagai subjek di dalam kelas, tetapi untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.

 Melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi dan berketerampilan dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan, serta membina semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan pelajar.
Share:

Sample Text

Copyright © debatmrsm2017 | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com