Pengenalan dan Sejarah Penganjuran
Kuiz Bahasa dan Sastera kali pertama dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 2012, melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara sempena Minggu Bahasa MRSM.
Program ini diadakan, selaras dengan usaha DBP memupuk minat dan kecintaan pelajar terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar serta menyokong dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Objektif Pertandingan
Meningkatkan pengetahuan bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar.
Memupuk sikap megah bahasa Melayu dan mencintai khazanah bangsa, khususnya dalam bidang bahasa dan sastera.
Menggalakkan golongan remaja menghayati bidang kesusasteraan, bukan sahaja sebagai subjek di dalam kelas, tetapi untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.
Melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi dan berketerampilan dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan, serta membina semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan pelajar.
0 comments:
Post a Comment