PROGRAM ULUL ALBAB






PENDAHULUAN
Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) Ulul Albab
Kemajuan sesebuah negara pada era ini banyak bergantung kepada kemajuan pemikiran serta keupayaan modal insan yang mampu dijana oleh sistem pendidikannya. Apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia yang ingin memacu ekonomi berasaskan pengetahuan, sudah pasti memerlukan modal insan kelas pertama. Oleh yang demikian, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab memartabatkan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu memajukan terus sistem pendidikan yang sedia ada supaya ia selari dengan perubahan dan keperluan semasa. Program SPMRSM Ulul Albab merupakan penyumbang kepada anjakan paradigma sistem pendidikan MRSM. Pada masa kini, generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpin negara perlu diperlengkapkan dengan pelbagai ilmu agar cabaran globalisasi dapat ditempuhi seterusnya mampu mengangkat nama negara di persada dunia dan memartabatkan bangsa Melayu.
Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program SPMRSM Ulul Albab ini bermatlamatkan untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Program ini adalah hasil cetusan idea mantan Pengerusi MARA iaitu Y.B. Dato' Seri Idris bin Jusoh dalam usaha untuk mentrasformasi sistem pendidikan khususnya MARA. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2009 MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun 2010 dan MRSM Kepala Batas pada tahun 2011 dan MRSM Sungai Besar 2015


0 comments:

Post a Comment

Sample Text

Copyright © debatmrsm2017 | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com